fbpx

Drama Bersiri Nur Kasih Ditayangkan Buat Kali Kedua Di Indonesia

Siapa kata Malaysia tidak mampu hasilkan sinetron yang menyentuh hati peminat hiburan di Indonesia.

Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena luar biasa di’Malaysia tidak lama dahulu kini membawa aura yang sama ke tanah negara jiran, Indonesia.

Kami mengetahui perkara ini apabila Tiz Zaqyah memaklumkan kepada para peminat beliau melalui Facebook semalam & kami dengan slowpoke mencari sumber sahih dari portal berita Indonesia.

Menurut laporan, kali pertama Nur Kasih di’tayangkan di Indonesia dalah ketika bulan Ramadhan yang lalu namun atas permintaan, ‘sinetron unggul’ Malaysia ini di’tayangkan sekali lagi pertengahan September lalu.

Laporan juga turut menyebut Nur Kasih di’sifatkan mempunyai sinematografi yang setaraf dengan filem selain mempunyai jalan cerita yang penuh inspirasi buat penonton saluran B Channel.

Selepas ini, mungkin ada peluang giliran Nur Kasih The Movie menjengah pasaran Indonesia. Mungkinkah juga nama Tiz Zaqyah selepas ini bakal terbang ke Indonesia bersama populariti sinetron Nur Kasih? Kita tunggu dan lihat.