Seringkali kita melihat kejaayaan sebuah pemilik perniagaan tersebut pastinya menjadi bualan peminat yang turut mahu berjaya seperti idola mereka.
Melalui pendekatan terbaru ini, muncul sebuah telefilem dengan judul Bella – Bila Cinta Bersatu. Bagaimanapun, perkara tersebut menjadi persoalan adakah telefilem ini di inspirasikan daripada kisah silam kehidupan founder fesyen muslimah tersohor Malaysia iaitu Sabella.
Dalam telefilem yang bakal bersiaran malam ini (21 Disember) jam 9.30 malam, terdapat persamaan yang cukup jelas di antara kisah hidup sebenar pemilik jenama fesyen tersebut.
Dibintangi Anna Jobling, Daniel Fong dan Idris Khan, telefilem ini mengisahkan tentang Bella yang sering membawa balik kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri.
Lebih menyesakkan dada, bermula dari minatnya yang mendalam terhadap bidang jahitan, dia turut mengambil langkah mengejut untuk berkahwin dengan Alex ketika mereka masih lagi belajar.
Mereka dikurniakan seorang anak namun terhimpit dengan kesempitan hidup sehinggakan mereka tidak mampu langsung untuk membeli susu anak.
Namun pada suatu hari, Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mengakibatkan jarinya bengkak.
Lebih cemas lagi, selain jarinya yang bengkak dan terpaksa bekerja lebih masa untuk memenuhi tempahan, dia juga tidak dapat menghadiri peperiksaan.
Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang ibu dan isteri selain terpaksa mengimbangi kehidupannya sebagai seorang pelajar.
Malah lebih menyayat hati, adakah dengan setiap keputusan yang diambilnya nanti mampu membuatkanya menjadi usahawan yang berjaya?
Beberapa persamaan dengan kisah sebenar kehidupan founder Sabella ini dilihat menarik penonton untuk mengetahui pengakhirannya – samada serupa atau tidak dengan kisah sebenar.