Dr Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor
Baru sahaja menimang cahaya mata kembar dan kini mempunyai enam orang anak, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar mempunyai impian untuk melihat semua anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.
Menurut Dr Muszaphar, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia perubatan pada usia muda seperti yang pernah dilakukan oleh arwah bapanya.
BACA: Sheikh Eusoff, Sophea Emelia Nama Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar
“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai doktor. Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia,” tulisnya.
Dr Muszaphar turut memuat naik foto anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor. Menerusi entri itu, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi seorang doktor.
“Saya bercita-cita mahu menjado doktor sejak umur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskp, mikroskop, buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap saya pada diri ‘saya mahu jadi doktor’ sebanyak 10 kali sehari.
“Malah, turut ada poster di dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Muszaphar berkongsikan dia sudah mula berjinak-jinak melakukan pemdedahan ke atas haiwan pada usia muda serta bangga kerana berjaya mencapai impian menjadi doktor.
“Pertama kali bedah katak pada sia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga berjaya capai impian itu.
“Bapa saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya ‘What the Mind believes, the Body can Achieve’. Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” katanya.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
mesti katak puru yg dibedah tu, sbb sng ditgkp..dan kulit mgerutu..
Bagus cita2 doc… didik anak jd yg terbaik…
Klau fam ni nk buat anak 20 org pun aku sokong bkn sbb sheikh muzaphar financiallay stables only but in terms of attention, education both academic and spriritual seems balanced. Anak2 dia diberi perhatian dan didikan yg sewajarnya walaupun mak ayah both docs yg sgt busy. Bgus niat nk jdkan 6anak doc,secara x lgsg dh berapa ratus/ ribu pesakit fam ni sj rawat. But for fam yg financial x stable, parents yg lps tgn kat cg n ustazah semata2 nk didik anak itu ini xyah la ramai2..cukupla 1-3 org anak je..mak ayah pun asyik x cukup masa utk solat jemaah n check pembelajaran anak, so xyah la..byk ms hbis kerja/ rehat/media social/ games / sex hasilnya anak ramai tp x berkualiti.. Rezeki hak Allah tp jgnla smpai bodoh buat bnda di luar kemampuan..
Kalau anak tak nak jadi doktor, jangan dipaksa. Karang dah dewasa nanti depresi. Jadilah apa yang dia nak jadi. Kalau budak tu nak jadi cikgu, bagilah. Nak jadi peguam, jadilah. Nak jadi cef, bagilah.
Asalkan kerja yang elok, baik, dan berkat. Sebab dah jumpa banyak orang yang pandai, sebab pandai dia jadi doktor. Tapi bila dah jadi doktor merentan sebab tak minat, tak suka dengan kerja tu.
Education sangat penting. I setuju. Cuma don’t push your children.