fbpx

Sheikh Eusoff, Sophea Emelia Nama Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar

Isterinya, Datin Dr Halina Selamat menimang sepasang cahaya mata kembar pada Jumaat lalu, akhirnya angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendedahkan wajah serta nama bayi kembarnya itu.

Memilih nama pangkal yang sama bermula dengan huruf E, Dr Muszaphar mengumumkan bayi lelakinya diberi nama Sheikh Eusoff dan bayi perempuan pula bernama Sophea Emelia.

BACA: Isteri Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Sudah Rancang Anak Ketujuh

Menerusi perkongsian tu, Dr Muszaphar turut berkongsikan kesemua nama anaknya bermula dengan Sheikh untuk yang lelaki dan Sophea untuk anak perempuan.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar turut mendoakan agar kesemuanya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada Ummah dan berjaya di dunia serta akhirat.

“Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Soleha, berkehendak & bertuhan kepada Allah, berbakti kepada ibu bapa, berilmu dan beriman, berpaksi kepada kebenaran, berbakti kepada Ummah, berjaya dunia akhirah,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta memuji nama bayi pasangan kembar itu.