fbpx

Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina Bakal Timang Anak Ketujuh

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjadi perhatian apabila berkongsi berita gembira isterinya, Datin Dr Halina hamil anak ketujuh.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Dr Muszaphar meluahkan rasa syukur serta berkongsi keterujaan anak-anaknya yang bakal mendapat adik baru.

BACA: Ibu Bersalin Tahun 2023 Dapat RM500, Dr Sheikh Muszaphar Usik Isteri Tambah Anak

Apa yang menjadi perhatian, video yang dikongsikan sangat kreatif apabila setiap anak berbisik untuk berkongsikan berita gembira itu.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Eusoff dan Emilia.