fbpx

Dr Che Hafiz Minta Rita Rudaini Tak Masuk Campur Isu Nafkah Anak

Bengang dengan tuduhan tidak berasas, bekas suami pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz meminta Rita Rudaini supaya tidak masuk campur urusan peribadinya lebih-lebih lagi hal nafkah anaknya.

Che Hafiz berkata aktres tersebut bukan orang yang sesuai untuk memberi komen berhubung nafkah anak mereka dan tiada kaitan langsung dengan hal mereka. Ujarnya, dia tahu tanggungjawab dirinya sebagai seorang bapa.

BACA: Rita Rudaini Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya Omar

“Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk campur dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu.

“Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia.

“Apa yang terjadi, hanya Allah saja mengetahui. Saya berserah dan sentiasa berdoa kepada Allah,” katanya kepada mStar Online.

Che Hafiz turut menegaskan Rita tidak perlu memberi peringatan kepadanya kerana dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Katanya lagi, hal peribadinya dengan Lufya tidak perlu orang luar masuk campur.

“Tolonglah… dia pun ada urusan peribadi yang saya tak masuk campur. Lagipun, saya sendiri pun tak kenal dia secara peribadi.

“Jangan risau tentang saya kerana saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Biarlah urusan peribadi saya dengan Lufya ini, kami selesaikan sendiri tanpa perlu melibatkan pihak luar,” ujarnya.

Pada 14 Julai lalu, Dr Che Hafiz mengesahkan sudah bercerai dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura kini berusia tiga tahun.