fbpx

Dr. Amalina Che Bakri Digelar Kim Kardashian Malaysia

Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengejutkan negara sebagai pelajar pintar dan terbaik SPM tahun 2004.

Bukan mudah untuk mencatat keputusan akademik cemerlang. Namun gadis pintar ini mampu pendapat keputusan luar biasa iaitu 17A1.

Tamat saja SPM, Amalina melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara dan mendapat tajaan dari Bank Negara Malaysia.

Merupakan graduan lulusan University of Cambridge, Amalina kini menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England.

Namun, ramai juga yang terkejut dengan perubahan drastik gadis pintar ini. Ada juga yang mengatakan penampilan terbaru Amalina menyerupai bintang Hollywood, Kim Kardashian.

Jom tengok penampilan terbaru Dr Amalina Che Bakri yang semakin cun dan bakal jadi doktor terbaik di UK.