fbpx

“Doakan Yang Terbaik Untuk Kebahagiaan Kami” – Noor Nabila

Hampir setahun lebih mendirikan rumah tangga, kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila berharap orang luar terus mendoakan kebahagiaannya dengan ahli perniagaan, Engku Emran.

Memetik Harian Metro, Nabila berkata dia kini menikmati kehidupan yang diimpikan sebagai isteri serta seronok dengan kehidupannya sekarang.

BACA: Ucap Selamat Hari Ibu Kepada Noor Nabila, Sharnaaz Buka Pemilihan Calon Mak Baru Buat Jebat

“Alhamdulillah sudah hampir setahun kami melayari bahtera rumah tangga, namun saya akui perjalanan ini masih panjang.

“Cuma saya harap orang luar dapat doakan yang terbaik untuk kebahagiaan kami sekeluarga. Saya bersyukur dipertemukan suami yang sangat positif serta penyayang.

“Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Selain melayan keletah Jebat Jayden, saya juga sangat menyayangi Aleesya yang sudah saya anggap seperti anak sendiri,” katanya.

Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya, Nabila berkata tahun ini sangat bermakna apabila dapat meraikan bersama keluarga dan saudara mara.

“Tahun ini saya memilih tema warna biru untuk pakaian pada satu Syawal lalu. Alhamdulillah kami dapat berkumpul pada hari yang cukup bermakna.

“Jayden juga sangat seronok apabila dapat duit raya daripada saudara-mara. Tambah pula, tahun ini kami dapat keluar menyambut hari raya,” katanya.

Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia empat tahun.