fbpx

“Doakan Saya, Kongsi Mana Saya Boleh Beli Tudung Labuh”

Perkongsian terbaru Izara Aishah di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tampil sopan dan bertudung labuh.

Dalam entri itu, Izara berkongsikan beberapa keping gambarnya berhijab dan pelakon itu dilihat memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung.

BACA: Tampil Bertudung Labuh, Izara Aishah Padam Gambar Lama

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Izara memuat naik status mengucapkan terima kasih di atas semua doa serta meminta netizen kongsikan dimana dia boleh mendapatkan khimar atau tudung labuh.

Perkongsian Izara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyambut baik penghijrahannya itu serta mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah.