fbpx

“Doakan Saya Dapat Lelaki Yang Baik” – Sophia Albarakbah

Pelakon jelita Sophia Albarakbah enggan memberikan komen mengenai status hubungan dengan kekasihnya dikenali sebagai Mr Doctor yang dikatakan sudah berakhir.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Sophia berkata dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki yang baik-baik selepas ini.

BACA: Putus Dengan Kekasih? Sophia Albarakbah Tak Nak Komen

“Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik, itu sahaja. Saya malas nak komen mengenai kehidupan peribadi. Saya okey dan tengah sibuk bekerja untuk filem yang bakal menyusul. Kehidupan saya seperti biasa, sama sahaja macam sebelum-sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berkatadia masih lagi bersahabat baik dengan Mr Doktor dan mahu memberi fokus terhadap karier lakonannya.

“Saya terbuka sahaja, apa-apa pun kami masih kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja,” katanya.