fbpx

“Doakan Fattah Sebab Saya Kenal Dia”

Sebelum ini, bekas kekasih Fattah Amin yang juga pelakon, Sherry Ibrahim memuat naik perkongsian kata-kata semangat kepada Fattah selepas pelakon itu sah bercerai.

Memetik Pose, Sheery berkata dia ikhlas menitip doa tanpa sebarang niat dan hanya Allah yang tahu isi hatinya. Menurut Sherry lagi, dia tidak membuat kenyataan buat Fazura kerana aktres itu bukan rakannya.

BACA: “Macam Tak Kena Je Sherry Nak Bagi Kata Semangat Sekarang” – Netizen

“Orang terkilan sebab saya buat kenyataan kepada satu pihak sahaja. Saya kenal Fazura sebagai pemain industri sahaja, saya tak buat kenyataan mengenai dirinya kerana dia bukan kawan saya.

“Mesej tersebut memang didedikasikan buat Fattah sebab saya kenal dia, bukan nak galakkan komen-komen orang sehingga jadi fitnah.

“Saya terima apa orang cakap, saya sendiri dah ambil langkah tersebut walaupun tidak mudah. Yang penting saya ada alasan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkata dia tidak perlu menjelaskan mengenai perkongsiannya itu dan dia sekadar mendoakan Fattah yang ketika itu berdepan dengan ujian.

“Kalau tengok balik kenyataan tersebut memang sangat ‘straightforward’. Tak salah seseorang beragama Islam mendoakan kesejahteraan orang yang dalam kesedihan,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata dia sudah lama tidak bercakap mahupun berhubung dengan Fattah. Malah, mereka sudah bertahun tidak saling mengikuti di media sosial.

“Tidak, saya tak berkomunikasi, tiada nombor telefon dan kami juga tidak mengikuti satu sama lain dalam media sosial selama beberapa tahun.  Ini kenyataan jelas saya. Saya rasa lebih baik begitu daripada saya cari dia, nanti jadi cerita lain pula tak manis,” katanya.

SUMBER: HibGlam