fbpx

Semalam, bekas kekasih Fattah Amin yang juga pelakon, Sherry Ibrahim memuat naik perkongsian kata-kata semangat kepada Fattah selepas pelakon itu sah bercerai.

Menerusi perkongsian itu, Sherry berharap Fattah terus kuat bukan saja untuk dirinya, tetapi juga demi anaknya, Nur Fatima Aisya dan juga keluarganya.

BACA: “Saya Masih Simpan Satu Rahsia Besar Dia” – Fattah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Iby (@sherryibrahim)

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan perkongsian Sherry itu apatah lagi aktor itu baru saja bercerai pada hari yang sama.

Malah, ada netizen mengatakan tindakan tersebut tidak sesuai serta mendakwa soelah mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Sherry mahu menumpang ‘populariti’ diatas isu panas itu.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Sherry tidak perlu campur sebaliknya beri ruang kepada Fattah dan bekas isterinya.

Sementara itu, ada yang mengatakan Sherry dan Fattah tetap berkawan meskpun tiada jodoh antara mereka sebelum ini dan mungkin aktres itu memberikan kata semangat sebagai kawan sahaja. 

Terdahulu, Fattah dan Sherry pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun berpisah secara baik dan masih bersahabat.