Perkongsian seorang individu menjadi perhatian apabila berkongsikan kakanya menunaikan puasa nazar selepas penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sah bergelar suami isteri.
Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata kakaknya itu sebelum ini turut berdoa di hadapan Kaabah agar pasangan isu bertemu jodoh.
BACA: “Saya Tahu Saya Tak Sempurna, Terima Kasih Sudi Memilih Saya” – Bella Astillah

“Hello Bella. Esok kakak saya akan puasa nazar, gara-gara kau. Dia cakap, dia bernazar kalau kau kahwin dengan Syed Saddiq, dia akan puasa.
“Sebab dulu-dulu, dia pergi umrah, dia ada doakan kau di depan Kaabah. Kononnya, dia terus cakap nanti dia puasa kalau kamu berdua jadi,” tulisnya.
Dalam pada itu, individu itu turut berkata kakaknya merancang untuk mengerjakan umrah pada November ini dan berhasrat melakukan sujud syukur di sana kerana hajatnya melihat pasangan itu berkahwin sudah tercapai.
“Nanti bulan 11, dia mahu pergi umrah lagi. Sujud syukur di sana sebab kau dengan Syed Saddiq sudah jadi. Tahniah kamu berdua,” katanya.