fbpx

“Doa Dikurniakan Zuriat Di Mekah Dimakbulkan”

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi bakal menimang cahaya mata pertama dijangka bulan Oktober, ianya pasti merupakan pengalaman indah dan cukup bermakna buat pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fattah berkata hasrat mereka untuk memiliki untuk memiliki cahaya mata sulung dimakbulkan tidak lama selepas memohon doa di Tanah Suci Mekah ketika mengerjakan ibadah umrah Disember lalu.

BACA: Sarat 8 Bulan, Fattah Amin Bimbang Fazura Masih Kuat Bekerja

“Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah… Allah Maha Besar. Sekembalinya dari Tanah Suci, isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fattah turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka tidak lama lagi.

“Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami… InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semoga semuanya dipermudahkan Ilahi,” katanya.