fbpx

DJ Lin Terkilan Dengan Tindakan Fizi Ali

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin terkilan dengan bekas penyampainya Fizi Ali yang membuat keputusan untuk berhijrah ke stesen radio lain pada saat-saat akhir.

Memetik Kosmo, DJ Lin mendedahkan stesen radio itu terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000 gara-gara pertukaran tersebut.

BACA: “Memang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh?” – Fizi Ali

“Saya hanya dimaklumkan yang Fizi bakal berhijrah ke stesen radio lain hanya beberapa hari sebelum tarikh kontraknya tamat.

“Jujur selaku ketua dan rakan sekerja, saya memang amat terkilan dengan tindakannya. Bayangkan kami terpaksa merombak semula kerja-kerja bagi promosi Jelajah 90 Suria yang bakal diadakan bermula 6 Ogos ini.

“Video promo pun kami terpaksa reshoot (penggambaran semula) disebabkan tindakannya yang memberitahu kami saat-saat akhir. Itu belum dikira dengan kos nak tukar wallpaper (hiasan latar) pada bas yang sudah lama siap.

“Kalau nak dikira, banyak yang kami terpaksa laburkan disebabkan tindakan last minute (saat akhir) dia. Lebih RM50,000. Tapi saya tak kisah sebab itu, cuma saya kasihankan staf lain kerana terpaksa bersusah payah disebabkan perkara yang tak sepatutunya berlaku ini,” katanya.

Kata DJ Lin lagi, pihaknya ada da memujuk Fizi untuk kekal bersama mereka setidak-tidaknya selepas tamat program jelajah tersebut.

“Kami ada duduk berbincang dengan dia untuk dia stay. Tapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok,” ujarnya

“Tetapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok,” katanya.

Dalam pada itu, DJ Lin berkata dia tiada niat untuk menyekat niat atau keputusan Fizi namun bukan dengan cara begitu.

“Jujur saya langsung tiada niat nak sekat atau halang dia untuk pergi mana-mana. Kontrak dia bersama kami pun sudah tamat dan kami sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya.

“Dia nak pergi mana pun tak mengapa. Cuma, isunya di sini kenapa tidak beritahu sejak dari awal lagi. Kenapa lagi beberapa hari nak habis kontrak baru beritahu dapat kerja di steten lain sedangkan kerja-kerja promosi untuk Jelajah 90 Suria sudah hampir 100 peratus siap,” katanya.

Selepas enam tahun bersama Suria FM, Fizi yang juga bekas suami pelakon Shakilla Khoriri mengambil keputusan menjadi ahli baru keluarga Hot FM.