fbpx

Diva AA Tarik Diri Bertanding, Dengar ‘Bisikan’ Arwah Ibu

Pengacara sensasi, Azwan Ali mengesahkan menarik diri dari bertanding pada Pilihan Raya Umun ke-15 nanti sekaligus pertembungan dengan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tidak akan terjadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA ketika hadir di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu sebentar tadi.

BACA: Azwan Ali Sah Bertanding di Parlimen Gombak

Memetik Utusan Online, Azwan turut memberi sokongan penuh kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Menurut Azwan lagi, dia membuat keputusan untuk menarik diri dari bertanding selepas mendengar bisikan arwah ibunya pada subuh tadi.

“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia membuat keputusan untuk menyertai  Pakatan Harapan, Azwan berkata dia akan berbuat demikian apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Saat Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya masuk PH,” katanya.