fbpx

Azwan Ali Sah Bertanding di Parlimen Gombak

Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kini semakin terasa apatah lagi tingga dua minggu sahaja lagi untuk hari pengundian.

Pada PRU kali ini pengacawa sensasi, Azwan Ali mengesahkan akan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak.

BACA: Tapak Kaki Seperti Dihunus Bilah Tajam, Azwan Ali Dakwa Disihir Artis Wanita Veteran

Memetik BH Online, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak.

Azwan juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH). Pengacara berusia 56 tahun itu berkata dia akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di SMK Sungai Pusu, Gombak esok.

“Iya, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon. Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hari penamaan calon esok, Azwan mengakui gementar. Namun, Azwan berkata ramai menantikan pertembungannya sekali lagi dengan abangnya itu.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU-14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin.

“Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini,” katanya.

Kata Azwan lagi, dia membuat keputusan untuk bertanding pada PRU kali ini selepas menerima sokongan daripada banyak pihak.

“Kali pertama saya bertanding adalah untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14. Ketika itu, saya hanya terima 90 undi. Maknanya, saya kalah teruk dan sudah tentu kerusi itu dimenangi Azmin.

“Tetapi, ketika itu, Azmin mewakili PKR. Sekarang, dia bersama parti baharu. Apa-apa pun, pertembungan Azmin bersama Diva AA memang dinanti-nantikan. Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih kepada setiap sokongan yang saya terima.

“Saya hargai sokongan tanpa henti daripada orang ramai untuk saya menentang Azmin, terutamanya akhir-akhir ini,” katanya.