fbpx

Diva AA Mengaku Kaya, Mampu Bayar Denda RM17,000

Hari ini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM17,000 terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali selepas mengaku bersalah membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.

Susulan itu, rata-rata netizen menghentam bekas pengacara itu agar menjelaskan denda tersebut. Tidak hanya berdiam diri, menerusi Twitter Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap netizen.

BACA: Azwan Ali Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

Menerusi perkongsian itu, Diva AA mengakui dia seorang yang kaya dan mampu menjelaskan denda sebanyak RM17,000 itu.

Azwan dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya sekaligus menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19.

Mahkamah turut memerintahkan Azwan, 54 tahun, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar jumlah denda tersebu

Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube miliknya “DIVAAATERSOHOR” dan secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.