fbpx

Diva AA Masuk ICU

Pengacara terkenal dan pelakon sensasi bermulut lantang, Azwan Ali, dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan beberapa hari lalu.

Sempat memuat naik status di Twitter, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA berharap kesihatannya kembali pulih serta mengatakan peminat tidak perlu risau.

BACA: Diva AA Mengamuk Nasi Lemak KFC Tidak Disertakan Ikan Bilis

“Diva AA kini dimasukkan ke Hospital Pantai kerana keracunan makanan! Jangan risau! Semoga cepat sembuh,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Diva AA turut memuat naik sekeping gambar yang memaparkan tangannya dimasukkan drip air.

Perkongsian Diva AA itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mendoakan agar pengacara itu diberikan kesembushan serta dipermudahkan segala urusan.

Namun, seperti sudah disangka ada juga komen negatif dilemparkan oleh netizen terhadap pengacara itu.

“Baguslah masuk hospital. Lama sikit pun tak apa. Aman dunia. Itu baru keracunan makanan, belum lain-lain,” tulis netizen.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaru Azwan memaklumkan dia sudah pun dibenarkan keluar dari wad semalam.