Nama disebut terlibat dalam aktiviti tidak bermoral iaitu ‘swinger’ atau bertukar-tukar pasangan, pelakon Emma Maembong tidak melatah dengan tuduhan berkenaan.
Memetik mStar Online, Emma berkata dia enggan melayan gosip berkenaan memandangkan dakwaan itu dibuat itu bukan dia dan suaminya.
BACA: Emma Maembong Tak Pandai Membaca, Kawan Tolong Bacakan Skrip
“Kalau benda itu tak ada kena mengena dengan Emma, saya tak akan respon atau layan pun. Buat apa kita nak melatah? Kalau benda betul memang dah viral daripada dulu lagi,” katanya.
Emma berkata dia sedar mengenai fitnah tersebut namun memilih mendiamkan diri kerana tiada kaitan dengan dia dan suaminya serta enggan memanjangkan isu tersebut.
Kata Emma lagi, dia tidak mahu anak-anak terganggu dengan cerita kurang enak itu apabila mereka sudah membesar kelak. Malah, dia juga sudah lali dengan fitnah yang dilemparkan sejak dia bergelar selebriti lagi.
“Saya dah ada anak, saya tak mahu anak saya membesar baca benda tidak elok. Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.
“Setakat gosip, banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dulu. Saya dengan fitnah macam dah besftriend,” katanya.