fbpx

Dituduh Potong Usus, Ifa Raziah Tawar RM200,000 Tunjuk Bukti

Baru-baru ini nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada pihak mendakwanya melakukan kaedah ‘memotong usus’ atau bariatrik untuk kurus.

Susulan tuduhan tersebut, Ifa mencabar mana-mana pihak mengemukan bukti dia menjalani prosedur memotong usus serta menawarkan wang tunai RM200,000 jika ada yang tampil bersama bukti.

BACA: Ifa Raziah Terima Tawaran Pfizer Dari Beberapa Hospital

Saya ingin mencabar kepada orang ramai dan warganet untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM200,000 dengan mengemukakan segala bukti yang kukuh seperti yang didakwa di media sosial.

“Sila kemukakan bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup pada Rabu iaitu 8 Disember. Saya akan memberikan ganjaran duit secara tunai,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian lain Ifa menjelaskan badannya kurus kerana usahanya sendiri dan tidak melakukan prosedur potong usus seperti yang didakwa.

“Saya kurus atas usaha sendiri, tiada hendak potong usus dan menyedut lemak walaupun saya mampu hendak membayar semula kos pembedahan itu.

“Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan selama empat tahun. Ramai yang sakit hati, busuk hati dan perut kerana cuba untuk menjatuhkan perniagaan saya,” tulisnya.

Terdahulu, nama Ifa menjadi bualan selepas Datuk Dr Nik Ritza Kosai memuat naik gambarnya bersama Ifa. Dr Nik Ritza merupakan pakar dalam pembedahan obesiti dan pembedahan Laparoskopik.