fbpx

Dituduh Guna Sihir Menang AJL33, Misha Omar Lapor Polis

Memenangi Vokal Terbaik dan lagu nyanyiannya Sampai Bila mendapat tampat ketiga di AJL33 baru-baru ini, nampaknya ada pihak yang tidak senang di atas kejayaan penyanyi Misha Omar sehingga ada pihak yang menfitnahnya menggunakan sihir untuk menang.

Susulan tuduhan itu, Misha membuat laporan polis kerana fitnah tersebut menjejaskan reputasinya sebagai penyanyi. Menurut Misha, pada awalnya dia hanya menaggangap ianya satu gurauan, namun perkara itu semakin lama menjadi serius.

BACA: Haram Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33)

“Pada awalnya saya hanya ketawa sahaja apabila membaca komen orang menuduh saya menggunakan khidmat ‘Mak Esah (bomoh) untuk menang AJL.

“Tetapi lama-kelamaan ia semakin menjadi seirus sampai ada rakan-rakan dan peminat bertanya akan hal itu walaupun sekadar gurauan. Atas sebaba itu, saya rasa bertanggungjawab dan mencari kebenaran untuk diri sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Misha memberi tempoh selama tujuh hari kepada kesemua individu tersebut untuk tampil membuat permohonan maaf, namun jika enggan berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.

“Saya teringin untuk bertentang mata dengan pelaku-pelaki terbabit selain ingin tahu apa salah saya kepada mereka dan dari mana mereka dapat cerita saya guna shir dan khurafat?

“Saya bukan nak minta ganti rugi atau saman tapi cukup kita bertemu untuk meminta maaf dan saya akan maafkan tanpa bersyarat juga. Pun begitu kalau dalam tempoh ini tiada seorang pun yang tampil maka akan adalah tindakan selanjutnya,” katanya.