fbpx

Didakwa Godam IG Zul Ariffin, Ini Jawapan Zahirah

Minggu lalu, pelakon Zul Ariffin menjelaskan hubungan cintanya bersama Zahirah Macwilson sudah putus lebih sebulan yang lalu. Zul juga mempunyai sebab sendiri mengapa hubungan mereka berakhir.

Belum reda lagi dengan kisah putus cinta mereka, beberapa hari lalu, tidak diketahui adakah gambar yang tersebar itu telah diubah atau akaun Instagram telah digodam, satu akaun Instagram dengan nama Zul Ariffin didakwa telah kongsikan gambar alat sulit lelaki.

BACA: Zul Ariffin Kongsi Gambar Lucah Di Instagram?

Tanpa disangka-sangka, nama Zahirah terpalit sekali dengan kontroversi melanda apabila ada pihak mendakwa dia telah menggodam akaun Instagram Zul dan memuat naik gambar lucah berkenaan.

Seorang pengguna Twitter menuduh Zahirah sebagai pihak bertanggungjawab dengan isu tersebut.

Bekas kekasih yang godam kot

Tidak mahu berdiam diri, Zahirah kemudian membalas komen tersebut dengan mengatakan ada perkara lebih penting untuk dilakukan dari bertindak sedemikian.

Selfie dekat jenazah, mana gambar selfie tersebut?

Seorang lagi netizen pula memanaskan lagi keadaan dengan satu lagi dakwaan mengenai isu Zahirah berselife berhampiran jenazah.

Namun, Zahirah menjawab tuduhan tersebut dan bertanyakan dimana bukti tersebut dan menyoal netizen sama ada dia berada ditempat kejadian.

Adalah lebih baik jika netizen berhenti untuk mengeluarkan spekulasi yang tidak sahih. Zul sendiri sebelum ini membuat kenyataan akaunnya di’hack’ pihak tidak bertanggungjawab dan memuatnaik gambar lucah berkenaan untuk mensensasikan keadaan.