Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah
Ditawarkan berlakon dalam satu drama bersiri namun ditarik balik berikutan sejumlah bayaran yang dimintanya agak tinggi, menerusi perkongsian di Instagram pelakon Datuk Adi Putra meluahkan rasa terkilan dan kesal.
Adi berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia meletakkan harga sedemikian. Pelakon berusia 39 tahun itu berkata niatnya hanya ingin menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan.
BACA: Adi Putra Jadi Rakyat Malaysia Untuk Undi BN?
“Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai…lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya.
“Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Adi berkata tiada salahnya untuk dia meletakkan harga tinggi kerana yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik. Namun, dia redha jika sudah tertulis bukan rezekinya.
“Tapi tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi kualiti. Ada pihak yang faham ada yang tidak. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. Rezeki ini bukan untuk saya. Ini rezeki rakyat.
“Saya bukan bercakap pasal bayaran, ini untuk orang yang memerlukan. Siapa yang komen negatif sebelum ini semoga Allah memberkati dan merahmati anda,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bullshit, mana ada mintak bayaran tinggi nak tolong orang susah. Kalau artis pun susah, macam mana nak tolong orang? Diri sendiri pun tak boleh nak tolong. Ni semua nak kencing orang
Kalau aku jd penerbit aku ckp ko nk bg drama bak la no akaun bdn kebajikkan. X payah aku bg kt ko aku bayar terus je kt persatuan tu.
HEEEKKK ELEHHHHHH TAAT PADA YG SATU KONON….
LOYA TEKAKKKK..
GELARANNNNNN DATO HAJI MESTI NAK TARUK EH…
BERBEZA BENOR DARI AARON AZIZ ANAK KELAHIRAN SINGAPURA YG SENTIASA HUMBLE…
Mmg niat dia nak donate la…niat yg baik…oklah lebih pun acting dia mmg bagus apa…
Old n ugly ….ada juga minah tudung minat ..yukky …
Buruk perangai …curi bini org ..cerai bini …..
Begini nak tengok dia berlakon ..pirahhhhhhh
Donate lah drp upah dia yg sepatutnya dapat. Bukan demand nk payment tinggi konon nk bersedekah. Kan janggal bunyinya? Ada sikit beri sedekah sikit. Baru ikhlas.