fbpx

Dituduh Curi Lukisan, Anzalna Nasir Mahukan Bukti

Pelakon Anzalna Nasir antara nama yang dikenali di dalam industri hiburan tanah air. Semua tahu, Anzalna dan adik-beradiknya boleh dikatakan mempunyai kelas tersendiri. Boleh dikatakan mereka ini digelar The Kardashians.

Baru-baru ini, Anzalna ada kongsikan gambar lukisannya di Instagram. Menerusi gambar tersebut turut disertakan kepsyen dimana Anzalna bertanyakan pendapat peminatnya tentang hasil lukisannya.

Namun, beberapa hari kemudian Anzalna memuat naik foto, dimana ada pihak yang meragui bakatnya itu dan menuduhnya mencuri hasil tangan orang lain.

Tidak mahu berdiam diri, Anzalna menjawab persoalan tersebut dengan nada sinis dan meminta individu tersebut untuk memberikan bukti bahawa lukisan tersebut adalah milik orang lain seperti yang didakwa.

Anzalna juga turut kongsikan bahawa dia pernah memenangi pertandingan melukis di Kanada dan akan memberikan ganjaran kepada individu tersebut jika dapat buktikan lukisan tersebut adalah milik orang lain.

Memang bengang betul Anzalna bila ada orang pertikaikan bakatnya. Kadang-kadang memang ada orang tak puas hati jika kita lebih sikit dari orang lain.