Dituduh Bergambar Mesra Dengan Mat Sabu, Isteri DDNK Lapor Polis
Sejak beberapa minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai majlis perkahwinan pengurus kewangan bertauliah dan penganalisis ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) bersama pasangannya, Datin Nor Ernie Rossmerie.
Susulan perkahwinannya itu, banyak dakwaan tak sedap didengar mengenai isteri DDNK yang dikenali sebagai Ernie didakwa menjadi punca perceraian pakar saham itu dengan isteri pertamanya dikenali sebagai Hasmawatie.
BACA: Honeymoon Naik Kapal, Netizen Kata Manjanya Isteri DDNK
Terbaru, perkongsian Ernie menjadi perhatian meluahkan rasa kecewa apabila ada individu yang menyebarkan fitnah mendakwa dirinya adalah wanita yang bergambar dengan ahli politik, YB Haji Mohamad Sabu.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan bertanyakan adakah wanita bersama Mat Sabu itu adalah isteri DNNK serta turut menyindirnya sebagai peyondol.
Susulan fitnah tersebut, Ernie tampil membuat laporan polis kerana fitnah tersebut memalukan dirinya dan suami serta akan merujuk kepada pihak undang-undang untuk menyaman individu itu.
Bagaimanapun, dua individu dipercayai menyebar fitnah tersebut telah pun memuat naik status permohonan maaf di atas tindakan mereka yang menyebarkan perkara tidak sahih serta mengakui kesilapan mereka.
Makin seronok ni jadi penonton. Kite tunggu aje.
minah tu cakap KALAU betul. ni masuk court pun tak valid sebab post dia lebih kepada PERTANYAAN. bukan KENYATAAN. Tak side siapa2, cuma sebelum bertindak tu fikir dulu juta kali. Nak jadi classy kena bijak sikit haha
jgn risau utk B40 ada khidmat peguam yg free kat YBGK. Boleh layari and mohon ye anak2
hahahaa padan muka. Report je. Tahu takut minta maaf ek? zaman sekarang ni tu ja makan dia! Baru masing2 tahu beradab. Tahu nak hembus memalukan orang ja. awat? dia sondol suami hampa ka? yang masing2 menggelitik macam suami kome pula kena sondol dah kenapa? Kita makan popcorn duduk tepi dah la geng. Tak payah nak lebih sudu dari kuah. Kan dah jadi malu tu.
Adoiii senak pewot aku tawe!! Netijen Malaysia nie mmng semua penglipur lara! Kihkihkih
Amat tak logik orang yang kaya nak ke minah ni.
Ada orang kata, “muka basic aje”.
Tapi aku nampak, kurang sikit dari basic. Aku tak hingin langsung, honestly.
Ada “pakai benda” ka?
Fitnah kepala hangguk!,Tu ayat pertanyaan lah.
@Poonkoq, hindarkan permaluan muka hindarkan permaluan badan. Suka ati dialah nak pilih sapa yg jd isterinya. Kecantikan itu adalah dimata pemandang. ( terjemahan ke BM dari frasa BI )
Kesian lak kat pompuan ni..dia da kawin tu biar le jgn di ganggu hidup dia..dia x cantik ke buruk ke kalau da laki dia suka knp lak kita nk sakit hati..
..ni semua mamat saham tu punya pasal minah ni jadi cercaan. kalo mamat saham tu tak ceraikan binik dia yang no 1, tapi jadikan minah ni no 2, takde la teruk sangat kena kecam..
..adat la..kalo kawen ngan laki/bekas laki orang, ada duit lak tu, sure mengundang cemuhan..
Klau xde yg ngacau xdenye org tu bercerai…
Sebaiknya jangan masuk campur dalam urusan jodoh, cerai, hidup mati orang. Takdir Allah SWT telah tertulis rezeki dia nak berumahtangga dengan siapa. Kita beramai2 doakan agar semuanya berakhir dengan rahmat dan kurnia Allah swt lebih utama.
Perceraian bukan penamat pintu bahagia. Ia mungkin baru bermula. Hidup wajib move on.
Lain kali tlg buat gosip pasal jiran aku n kucingnya. Comel la lagi, dr tengok gamba2 manusia di gosip ni . Semak