Sedar apabila di ruangan komen ramai peminat sering menegur supaya lebih berpakaian sopan, pelakon Nadia Brian tidak melenting mahupun melatah dengan teguran tersebut.

Menurut Nadia, dia menganggap apa yang diperkatakan pemina titu sebagai satu doa untuk dia berubah ke arah lebih baik dan itu tandanya peminat ambil berat.

BACA: Tak Serik, Nadia Brian Nak Kahwin Lagi

“Sejujurnya saya amat menghargai komen sebegitu sebab mereka mendoakan benda yang baik-baik. Sayaa rasa netizen buat macam tu sebab mereka caring.

“Apa-apa pun kena kena jadi diri sendiri, hormat orang tua dan stay humble, itu perkara yang lebih penting daripada pemakaian kita.

“Nak berubah dari segi pemakaian itu memerlukan masa. InsyaAllah mana tahu dengan berkat doa daripada orang saya pun boleh berubah,” katanya.

Ditanya mengenai soal untuk berkahwin lagi, Nadia berkata dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi meskipun berdepan perceraian sebelum ini.

“Semua orang mahukan rumah tangga yang berkekalan. Ras sedih sebab tak dapat nak kekalkan rumah tangga sendiri. But its okay saya belajar daripada kesilapan. Saya tak pernah rasa serik atau takut untuk kahwin semula.

“Benda itu tiada dalam kamus hidup saya sebab ia merupakan sebahagian daripada perjalanan hidup kita untuk menjadi manusia yang lebih baik,” katanya.