Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini, pelakon Nadia Brian tidak menolak untuk berkahwin lagi jika ada lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

Menurut Nadia, tiada istilah serik untuk berkahwin lagi kerana sebagai seorang wanita dia masih memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada seorang lelaki.

BACA: Nadia Brian Doa Jumpa Lelaki Baik, Boleh Bimbing Ke Jalan Allah

“Nak kata serik, tidak juga. Mana tahu kalau saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan berumah tangga. Saya sedia untuk itu.

“Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia. Lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Nadia dan suaminya, Muizz yang akhirnya berakhir dengan perceraian pada 5 April lalu.