Sejak kebelakangan ini penampilan Alya Iman menjadi perhatian apabila dilihat semakin berisi dan sebelum ini pelakon itu mendedahkan beratnya hampir mencecah 70 kilogram.
Memetik mStar Online, Alya mengakui dia kini dalam fasa malas untuk menjaga berat badan dan lebih mengutamakan kesihatan mental.
BACA: Nama Kembali Dipetik Sebagai Penyondol, Alya Iman Enggan Kenang Masa Lalu
Menurut Alya lagi, tahun lalu banyak perkara dan dugaan dilaluinya seperti mengalami tekanan dan kemurungan. Tambahnya lagi, dia lebih selesa dengan fizikalnya kini.
Bagaimanapun, Alya berkata dia akan kembali mendapatkan berat badan ideal bagi menjayakan sebuah drama akan datang.
“Sekarang ini orang nampak saya bahagia sebab tengah gemuk. Saya naik berat badan sebab sekarang ini memang malas nak jaga. Saya lebih utamakan kesihatan mental.
“Sebab tahun lepas saya sudah lalui banyak perkara sehingga tidak menjaga mental saya. Jadi, tahun ini saya fokus itu sahaja dan ketepikan berat badan. Dan sebenarnya saya lebih memilih badan yang sekarang.
“Namun saya memang kena jaga badan semula sebab projek yang seterusnya memang minta saya untuk kurus. Jadi saya kena turunkan berat badan,” katanya.
SUMBER: mStar Online