Sejak bergelar suami dan bapa, penyanyi rap Caprice tidak lokek berkongsikan video dan gambar bersama isteri dan anak tirinya, Alesya Sofea.
Rata-rata netizen memuji Caprice yang dilihat mempunyai hubungan akrab dengan anak tirinya dan siapa sangka penyanyi itu sangat penyayang dengan kanak-kanak.
BACA: “Caprice Layan Anak Saya Tak Nampak Fake”
Terbaru, Caprice meluahkan rasa susah hati apabila melihat isterinya menangis berikutan ramai mengecam anak tirinya menerusi video baru-baru ini dimana kanak-kanak itu duduk di bahu.
View this post on Instagram
Caprice berkata isterinya selalu menegur Alesya jika dia mula bertindak lebih dari kawalan, namun Caprice berkata dia sendiri yang membiarkan kerana sedar bahawa anak tirinya itu masih kanak-kanak lagi.
Bagaimanapun, Caprice memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tersebut kerana dia hanya mahu anaknya itu membesar seperti kanak-kanak lain.
Dalam pada itu, Caprice menegaskan netizen boleh berkata apa sahaja tentang dirinya dan isteri namun tidak pada anak mereka.