fbpx

Ditanya Bila Nak Dedah Wajah Bilal, PU Riz Jawab Dengan Hadis

Hampir sebulan menimang cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, pasti ramai tidak sabar melihat wajah anak Neelofa dan PU Riz yang diberi nama Muhammad Bilal.

Menjadi salah seorang tetamu jemputan progam MeleTOP semalam, pendakwah bebas PU Riz ditanya Elly Mazlein selaku pengacara bilakah pasangan itu akan mendedahkan wajah anak sulung merek, Muhammad Bilal.

BACA: “Keluarga Terdekat Pun Tiada Gambar Bilal, Mereka Minta Pun Kami Tak Bagi”

Haris berkata dia dan isterinya, Neelofa tidak mempunyai masalah untuk berkongsikan wajah anak mereka ataupun menyembunyikan wajah anak sebaliknya berjaga-jaga dengan penyakit ain..

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.

“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” katanya.

Terdahulu, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed berkata dia menyerahkan keputusan kepada anaknya untuk berkongsikan gambar cucunya kepada umum.