Disuruh Buat Ujian Air Kencing, Pengurus Yakin Noh Salleh ‘Bersih’
Susulan tindakan Noh Hujan meludah di atas pentas ketika persembahan baru-baru ini, ada netizen meminta pihak berkuasa menjalankan ujian air kencing terhadap penyanyi itu.
Memetik Kosmo, pengurus kumpulan Hujan iaitu Ahmad Ariffin Ahmad menafikan dakwaan Noh mengambil bahan terlarang dan perbuatannya itu adalah tindakan spontan kerana terkena renjatan elektrik.
BACA: “Noh Salleh Ludah Sebab Kena Renjatan Elektrik” – Pengurus
“Noh ‘bersih’ dan tidak dipengaruhi bahan terlarang. Cuma apabila orang merakam dari tepi, nampak seperti dia meludah penonton. Walhal jarak antara pentas dan penonton juga agak jauh dan dipisahkan besi penghadang.
“Kami harap tiada spekulasi yang menganggap tindakan tersebut disebabkan bahan terlarang. Noh ‘bersih’, itu saya yakin 100 peratus.
“Mungkin sebab rambutnya kelihatan tidak terurus, tetapi dalam keadaan panas berkurung di dewan yang dipenuhi 13,000 penonton, tentu saja susah nak maintain elok,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan Noh masih berada dalam keadaan tertekan disebabkan bercerai dengan Mizz Nina, Ahmad Ariffin berkata soal peribadi bukan dalam pengetahuannya.
“Hal peribadi memang kami tidak pernah bincangkan, namun saya nampak dia sibuk dengan beberapa projek lain termasuk projek solo. Jadi semuanya macam biasa saja,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo
Bg aku ni semua gimik suh org bercerita psl dia supaya dia bole buat comeback mcm dulu2. Retis biasa laa berlakon tu mmg part of their reality. Sampai kdg2 mrk sendiri pun x sedar yg mrk buat tu gimik tu yg depression mula laa kena sindrom split personality laa etc, semua sebab terlalu obses dgn kerja mrk sbg org seni!
This boy has past his glory going down the parameters of sunset whilst still yearning for attention. Very pathetic.