“Disebabkan Fitnah ‘Buat’ Hidung, Pengikut IG Saya Berkurang” – Zarina Zainuddin
Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa berang apabila ada netizen yang masih menuduhnya melakukan pembedahan untuk mencantikkan hidung.
Memetik Utusan Online, menerusi satu temu bual sebuah rancangan televisyen popular, Zarina berkata tuduhan itu tidak berasas dan perlu dihentikan supaya tidak menjadi fitnah.
BACA: “Biarlah Shuib Nak Kahwin, Dia Lelaki Mana Boleh Tahan Lama-Lama” – Zarina Zainuddin
“Operasi itu sebenarnya melibatkan bedah hidung. Kalau tidak, doktor terpaksa toreh muka saya sana sini. Doktor kata memang resdung di bahagian tulang pipi, atas hidung. Kalau tak ada solekan, orang dapat tengok lebam di bahagian bawah mata saya.
“Bila buka (bedah) hidung, doktor sedut punca resdung. Justeru, saya kena terima hidung saya jadi begini. Saya minta doktor perbetulkan, supaya tak jadi buruk sangat. Saya tidak merubah hidung saya. Kalau ada yang tak faham, sampai matipun mereka tak akan faham,” katanya.
Sebelum ini, wajah Zarina yang dikatakan sedikit berbeza susulan perubahan bentuk hidungnya menjadi bualan di media sosial.
Menurut Zarina lagi, berikutan cerita tidak benar itu ramai netizen yang marah terhadapnya. Namun, dia memohon maaf buat mereka yang tidak memahami. Tambahnya, disebabkan berita itu juga jumlah pengikut akaun Instagramnya juga turut berkurang.
“Disebabkan perkara itu, pengikut IG saya berkurang, dari 2.3 juta kepada 2.2 juta. Saya rasa orang betul-betul marah kepada saya. Oleh itu, saya nak mohon maaf kepada yang marah dan tidak memahami.
“Saya terima keadaan saya begini. Penyakit Tuhan bagi, jadi kita kena terima. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri, bukan orang lain,” katanya.
- SUMBER
- utusan Online
doctor here, kalau nk buat operation resdung, kita just kecutkan gune besi panas through endoscopic sinus surgery. tak perlu nak bedah pun hidung tu.. apapun, benda dah jadi. harap move on la muka macam tu sampai ke liang lahad
Huurrmm… Acik asal klau pollower Kuang, apa nnti dkat padang mahsyar org tk nk tlong ke camner?? Itu yg nko heboh? Buat solat tobat la hri².. Yg kuban² nko sedih!!
Kantoi sudahhh…x yah spin lg
Tq Drzabaiedah. Baru saya faham kekdahnya. Saya yg bukan Dr. ni pun cuak juga tntg kekdahnya bedah hidung sinus dgn teknologi canggih hari ni…
Nampak mcm kakaknya si abang sajat . Nak spin pun mcm sajat