Disangka Da’i Syed, PU Syed Nak Saman Netizen
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed memberi peringatan kepada seorang netizen untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam kepadanya.
Ia susulan tindakan netizen tersebut yang menuduhnya berkaitan dengan isu seorang lagi pendakwah yang mempunyai nama sama dengannya, Da’i Syed.
BACA: Isu Ebit Lew & Caprice, PU Syed Tegur Netizen Jangan Taksub
Tindakan individu tersebut ditegur oleh netizen lain untuk menyunting kembali nama tersebut kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.
View this post on Instagram
Perkongsian PU Syed itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan industri yang terkejut dengan dakwaan berkenaan. Ada yang meminta PU Syed meneruskan tindakan saman terhadap individu itu sebagai pengajaran
Malah, entri tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV Fedtri Yahya turut meninggalkan komen berharap pihak yang difitnah dan teranaiaya akan mendapat pembelaan sewajarnya.
- SUMBER
- Murai.my
Time xde job ni ramai plak nk guna mahkamah utk saman fitnah. Mcm2 la korg ni…
Alaaa benda kecik jer tersasul jer… Haiii pu pusyed ni semua
Benda kecik jaa.. maafkan laa..
AIT PU, USTAZ PUN DAH NAK MAIN SAMAN????
*FACEPALM*
saman je minah ni. Bagi pengajaran lain kali jangan sesuka hati petik nama orang yang takde mengena dengan isu tersebut. Benda nampak kecik, tpi boleh menyebabkan fitnah yg lebih besar. Klau PU Syed hanya berdiam diri, netizen akan ingat fitnah tu betul. Saman jangan tak saman!!!!
lepas ni jgn guna pu ke dai ke. guna je encik2 dah.. salah sebut kang kena saman
Dia salah tulis je tu. Sbb byk nau dai la pu la imam muda la. Terkonfius je itu pun xbg chance ye? Akhir zaman kan.
Laa budak ni tersilapni.aku pun tk tgk rncangn ni kdg tersasul daie ke pu ke tgk rupe kenal la.nma tertukar2. Itu pun nk saman??overnye…
Org taula ko yg mne.even budak tu tulis pu.org kenal daie syedla yg kne tgkp haritu.pening aku ostat ni la.serius hilang respect.
What do you expect from ‘ustaz’ born from reality show? (Pencetus Ummah,Daie,Imam Muda,etc)? Don’t expect too much from them lah..Some of them did not have education background in religion (syariah, Quran Sunnah, usuluddin,etc)They only joined those reality show and then made a presentation like a story telling competition, remember the script of presentation and then one of them became the champion. That’s all. Only in Malaysia it so easy to get ‘ustaz’ tittle.
Rasanye bdk perempuan tu tersilap antara PU and Da’i je kot.. tegur saje lah dia salah sebut nama.. dia confuse tu.. i am sure kalau ditegur dia akan mintak maaf.. bahasa bdk tu pun x kasar.. even saya pun x sure sape PU sape Da’i.. kalau bc gossip pun sekali lalu mcm tu je tak de la nak perati betul2 muka PU or Da’i.. maafkan lah.. bkn ke ustaz wpun dtg from reality show septtnye memaafkn kerana itu adalah contah adab yg baik.. peace no war..
Setuju dgn Mia