Hadir dengan pakej kacak dan juga mempunyai gaya lakonan yang hebat, Bront Palarae juga kemas menjaga kisah peribadinya sehingga ada di kalangan peminatnya yang tidak mengetahui bahawa pelakon ini sudah pun mendirikan rumah tangga.
BACA: Bront Palarae Tak Tergugat Dengan Pelakon Sado
Malah oleh kerana sebab itu juga dia menjelaskan sehingga kini masih ada komen berbaur lucah diterima daripada peminat wanita di laman sosial. Namun Bront tidak memandang serius perkara berkenaan”
“Saya kadang-kadang terkejut juga dengan komen atau mesej yang diterima kerana ada yang berbaur lucah sehingga membuatkan saya pula berasa malu”
“Tetapi pada saya ini perkara biasa dan tidak perlu saya melayan atau melenting kerana lama-kelamaan mereka akan berhenti daripada terus menghantar mesej tidak sepatutnya,” jelas Bront kepada mStar Online.
Bront dan isterinya telah berkahwin pada September 2013 dan baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama dua bulan lalu. Apa pun, pelakon ini menyatakan bahawa dia lebih selesa jika peminat hanya mengetahui tentang perjalanan kerjayanya sahaja berbanding kisah peribadinya. (rtky/s)