Sedih sebenarnya setiap kali kami perlu menulis tentang rumahtangga selebriti yang runtuh saban hari. Boleh jadi hilang kepercayaan untuk berkahwin.


Terkini, pasangan romantis Sehati Berdansa, Dira Abu Zahar & Ash sedang menanti permohonan cerai mereka di’luluskan oleh mahkamah.

Ini di’akui sendiri oleh Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (Ash) yang di’hubungi Berita Harian. Bahkan beliau sendiri yang memfailkan permohonan cerai.

“Kalau perceraian kami disahkan oleh mahkamah, bererti ia mencatat sejarah dalam keluarga saya. Memang dalam keluarga saya, belum ada yang bercerai berai. Tapi ini semua sudah ketentuan Tuhan.

“Memang saya hendak selamatkan rumah tangga kami. Saya masih sayangkan Dira. Tapi kalau sudah tiada jodoh antara kami, saya tidak pun tidak mampu melawannya,” demikian kata Ash.


Maklumat lanjut tentang berita ini kalian semua boleh teruskan pembacaan di laman rasmi Berita Harian.

Kami doakan kedua-dua belah pihak tabah menghadapi dugaan ini. Buatlah keputusan yang terbaik untuk anak comel anda berdua, Tengku Anggun Deandra.