Pasti ramai mengenali MamatGotNoChill, jejaka popular dengan konten menegur kesalahan pengguna lain di laman TikTok. Konten kreatif jejaka itu menjadi bualan ramai sehingga akhirnya bertemu dengan pelakon Nadia Brian.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Malah, baru-baru ini tular gambar dimuat naik oleh Mamat bersama Nadia dimana jejaka itu memanggil pelakon dengan gelaran ‘Ayang’.
BACA: Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?
@faiztukirin lepas ni takde dah yg boleh cari salah orang?? malas nak tag
Memetik Utusan Online, Nadia tidak menolak Mamat atau nama sebenarnya Firdaus Nahar adalah seorang lelaki yang sweet. Namun, Nadia berkata hubungannya dengan Mamat hanya sekadar kawan sahaja.
“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Instagram Storynya (IGS) semalam. Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main dan semalam, memang kami ada bertemu di set penggambaran untuk menjayakan sebuah bahan kandungan klien.
“Jadi, dia pun muat naik gambar kami bersama di IGS. Masa itu, memang kami tengah buat projek penggambaran sama-sama. Klien pun suka tengok kami berdua jadi disatukan di set penggambaran itu,” katanya.
Dalam pada itu, Nadia mengakui berasa senang dengan Mamat yang disifatkan seorang pandai berjenaka dan berbakat.
“Agaknya orang tengok kami nampak serasi itu sebab dua-dua jenis selamba kot. Dia pun suka buat lawak spontan dan kelakar. Tapi saya tak nafi, dia ada sisi sweet dia itu.
“Bagi saya, dia ini berbakat dan saya harap dia boleh kembangkan lagi bakat dia dengan idea dan kreativitinya yang tersendiri. Bagi saya, lawak dia itu real dan ikhlas. Itu yang membuatkan orang suka tengok dia di Tiktok,” katanya.