fbpx

Dipaksa Berpantang Ikut Adat Melayu, Ryzal Ibrahim Mohon Hormati Maryam

Menerusi satu perkongsian di Instagram, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meminta netizen supaya tidak memaksa isterinya, Maryam berpantang mengikut adat Melayu.

Kata Ryzal lagi, dia berharap netizen memberi ruang kepada isterinya, Maryam untuk menjalani tempoh berpantang mengikut budayanya. Ryzal menegaskan isterinya yang juga warga Korea hanya menukar agama kepada Islam dan bukan menukar kaum.

BACA: Ryzal Duriankimchi Sedih Anak Belum Lahir Dicaci Netizen

“Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu seorang wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina dan bukan India. Budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.

“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama dan bukannya tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya,” katanya.

Ryzal berkata isterinya masih lagi berpantang mengikut cara Melayu tradisional seperti bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang.

Dalam pada itu, Ryzal turut meluahkan rasa hairan apabila amalan berpantang yang diamalkan kaum Melayu seolah-olah diwajibkan juga ke atas kaum lain walaupun berbeza budaya.

“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea Selatan, Jepun, dan Eropah akan kena ikut juga?

“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum (jadi Melayu). Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru,” tulisnya.

Terdahulu, ada beberapa komen netizen mengkritik cara Maryam yang sedang berpantang yang dianggap tidak bersesuaian.