fbpx

Dindong Dantes Bintang Popular Endless Love Turun Ke Malaysia

Adakah anda peminat telenovela dari Filipina? Mungkin tidak bagi kami kerana ketika anda semua sedang sibuk menonton kami pula sedang sibuk bekerja. Konon, bekerja. Heh.

Siri Endless Love lakonan Dingdong Dantes dan Marion Riviera sedang rancak disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis melalui slot Telenovela di TV3. Drama bersiri terbitan GMA Network, Filipina merupakan adaptasi daripada siri drama Korea, ‘Autumm In My Heart’.

Dingdong Dantes atau nama asalnya Jose Sixto Raphael Gonzalez Dantes III bakal membuat penampilan eksklusif di Karnival Jom Heboh di Ipoh pada hujung minggu ini. Agak panjang nama beliau namun bukan?

Ketika ditemui pada sidang media, Dingdong Dantes dengan tenang melayan segala pertanyaan yang dikemukan dan tidak menyangka beliau mempunyai begitu ramai peminat di’sini.

Selain dari siri ‘Endless Love’, beliau juga pernah membintangi drama bersiri seperti ‘Stairway To Heaven’, ‘Encantadia’ dan ‘Marimar’ yang telah bersiaran di kaca televisyen anda.

Gamat seketika apabila Dingdong Dantes memulakan bicara dengan ucapan “Apa Khabar?”, terserlah keramahan beliau. Sifat rendah diri yang ditonjolkan memukau seketika pihak media yang hadir. Namun apabila ditanya apakah watak idaman yang belum pernah beliau lakonkan, lantas beliau menjawab “I want to play a role as Gay” terus kesemua yang hadir tergamam. 

Buat penduduk Ipoh, anda sangat bertuah kerana Dingdong Dantes akan berada di sana selama dua hari sempena Karnival Jom Heboh. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat artis popular Filipina tersebut di gerai Wanita Inspirasiku di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 28 & 29 April 2012.