fbpx

Dilihat Pegang Perut, Uqasha Senrose Hamil Ke?

Pejam celik sudah lima bulan pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga.

Lama tak dengar cerita tentang pasangan itu, baru-baru ini tular video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, @ahmadamirull memaparkan Uqasha dilihat memegang bahagian perutnya. Melihatkan video tersebut, Uqasha bersama suaminya ketika itu sedang berjalan di sebuah pasar.

BACA: Netizen Tak Keruan Tengok Aksi Romantis Uqasha & Kamal ‘Miming’ Lagu Hindustan

Seperti sudah dijangka, apabila melihat aksi memegang perut pasti ada yang membuat spekulasi sendiri mendakwa pelakon itu sudah berbadan dua.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat aksi Uqasha memegang perut. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai spekulasi itu.

Mungkin saja tangan Uqasha tanpa sengaja memegang baju pada bahagian perutnya. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.