fbpx

Pasti ramai tahu pelakon Uqasha Senrose merupakan peminat lagi Hindustan. Baru-baru ini, Uqasha memuat naik video ‘miming’ lagu Hindustran bersama suaminya, Kamal Adli di aplikasi TikTok.

Video tersebut dikongsikan semula oleh Uqasha di Instagram miliknya. Menerusi video tersebut, Uqasha dan Kamal dilihat menghayati lagu tersebut dengan penuh perasaan.

BACA: Tiga Bulan Kahwin, Uqasha Senrose Terkejut Dengar Suami Tidur Berdengkur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Turut menjadi perhatian aksi Kamal melakukan babak romantis seolah-olah mencium pipi isterinya sekali gus membuatkan pengikut mereka rasa teruja.

Malah, ramai yang tersenyum melihat aksi pasangan itu serta menyifatkan video tersebut sangat ‘sweet’ sehingga ‘bersemut’ telefon merkea.

Dalam pada itu, ada yang meminta Uqasha supaya tidak memadam video berkenan memandangkan pelakon itu menulis kapsyen akan memadam video berkenaan.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.