Dikecam Jual Kit Ujian COVID-19, Shah Iskandar Mohon Maaf
Kecoh sejak semalam apabila pelakon Shah Iskandar menjual kit ujian pengesanan COVID-19 di Instagram secara terbuka. Menerusi perkongsian itu, Shah memberitahu dia juga sudah menjalani ujian pengesanan virus berkenaan menggunakan kit ujian tersebut.
Susulan tindakannya itu, Shah dikecam teruk oleh netizen yang mempertikaikan perbuatannya dianggap melanggar undang-undang. Malah, ramai yang mempersoalkan sebegitu mudah melakukan ujian berkenaan dan ada yang sudah melaporkan perkara itu kepada pihak berkenaan.
BACA: “Kerap Gaduh Buat Kami Lebih Serasi” – Shah Iskandar
Bagaimanapun, tidak lama kemudian Shah memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka secara live di Instagram.
Shah turut menafikan dakwaan dia mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang dengan cara mudah dan niatnya hanya untuk bantu mereka yang tidak mampu untuk membuat ujian saringan virus berkenaan.
“Disebabkan hal ini melibatkan sensitiviti dan dituduh mengambil kesempatan nak kaut keuntungan, saya dengan rendah diri memohon maaf. Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual,” katanya.
Sementara itu, isu tersebut turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang menjelaskan kit ujian perlu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu kerana bimbang ia memberikan keputusan yang tidak tepat.
dah takde job ke bro??
Apa guna org Spital tu hari2 bergadai nyawa nk test pesakit dan suspek covid 19 ni sengal?!!! Bodoh tahap x bole bawak bincang cm geng2 tabligh gk ko ni laa!!!
hri ni taikk akk sihat. taikk warne coklat milo. bkn kcik mcm panadol
Bangang abadiii
bumiyangtercinta.blogspot. com/
2020/01/terbongkarnya-misteri-novel-coronavirus.html?m=1
betul ?
Sandal biru.
Ko ckp baik2 sikit. Jgn main hembus je. Geng tabligh tu berhimpun masa bila? Masa tu ahli politik pun masih busy lompat2 parti. Time tu bkn ke semuanya kata ok lagi utk perhimpunan. Jgn tau nk menyalahkan org jika tak tahu kronologi. Doa la byk2 ko bernasib baik tak diduga dgn jangkitan wabak ni.
akk setuju dgn sandal biru