fbpx

Sejak kebelakangan ini ada cerita membabitkan pelakon cilik, Qistina Raisah. Terbaru, pelakon berusia 14 tahun itu dilihat ada memuat naik gambar bersama seorang lelaki dengan kapsyen akaun IG lelaki berkenaan serta emoji hati.

Susulan perkongsian foto tersebut, rata-rata netizen terkejut Qistina menjalin hubungan cinta didakwa dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.

BACA: Baru 14 Tahun, Netizen Terkejut Qistina Raisah Bercinta Dengan Lelaki Dewasa?

Bagaimanapun, dalam satu temubual bersama Melodi baru-baru ini, pelakon itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang bergambar bersamanya itu.

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Qistina turut menyifatkan netizen yang over kerana bukannya mereka berpegangan tangan dalam gambar tersebut.

@melodiberapi

‘Mak saya okay je’ haa dengar tu. Qistina Raisah tenang je jawab. #meloditv3 #fyp #daddykugengster #fyp? #qistinaraisah

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Biar lah rahsia kan, korang tunggu sahaja apa nak jadi, jadi lah. Tapi sebenarnya bagi saya netizen over lah jugak sebab gambar itu tak ada la berpeluk atau berpegang tangan..Hanya selfie dengan kawan-kawan.

“Benda ni biasa sahaja tau, mungkin saya yang 14 tahun dan dia 21 tahun jadi kes. Netizen ni sibuk sahaja tau, mak saya okay je,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon itu berkata dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan netizen mengenai gambar anaknya itu kerana  orang luar ada mulut untuk bercakap.

“Memang korang ada mulut untuk bercakap, nak komen negtaif atau positif itu terpulang tapi bagi saya kalau hati itu bersih dan baik..kita kena fikir yang baik-baik.

“Apa pun orang nilai mengenai gambar tersebut, saya dan Qis gembira sahaja. Kita cuba jadi yang terbaik, tak ada orang yang sempurna,” kata ibu Qistina.