fbpx

Dikata Lagi Cantik Masa Gemuk, Aishah Bengang Dengan Netizen Mulut Puaka

Penyanyai Aishah meluahkan rasa berang dengan komen netizen bermulut puaka yang mengkritik bentuk badannya yang kini semakin kurus.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, ada segelintir netizen memberikan komen mendakwa penyanyi itu kelihatan lebih cantik berbadan gemuk.

BACA: 5 Tahun Tuntut, Aishah Lega Kes Hadiah Tanah Lot Banglo Akhirnya Selesai

Menurut Aishah dia kelihatan kurang sihat sewaktu membuat persembahan ketika itu kerana sedang demam. Namun, ada komen tak sedap didengar daripada netizen.

“Beberapa hari lepas saya muat naik video soundcheck untuk satu persembahan minggu lepas. Memang saya akui masa soundcheck tu, saya tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana saya drive berjam-jam membuatkan saya kurang mood nak dress up untuk soundcheck.

“Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam. Tapi like they say, ‘the show must go on.’ Tapi saya notice ramai juga yang komen sesedap jari nak taip,jenis macam ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA. 

“Ada yang kata,’dah tak tentu arah bila kurus..’lagi cantik masa gemuk’…Korang punya mak bapak tak ajar ye, kalau tak ada benda baik nak cakap atau taip baik diam. Diorang tak ajar ye?”,” tulisnya.

Kesal dengan komen netizen itu, Aishah berkata jika tiada benda baik untuk tulis atau diperkatakan lebih baik diam kerana apa yang ditulis pasti akan ditanya di akhirat kelak.

“Ok meh saya tolong ajarkan. Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat,jadi lebih baik kalau tak ada benda baik nak tulis,baik diam saja. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Susah nanti nak cari orang tu minta maaf di akhirat nanti.”

“Memang ramai ye jenis mulut puaka macam ni. I cannot brain. Haaa gambar dua ni di ambil pada hari yg sama,sebelah kanan masa soundcheck dan sebelah kiri malam persembahan tersebut,” tulisnya.