fbpx

5 Tahun Tuntut, Aishah Lega Kes Hadiah Tanah Lot Banglo Akhirnya Selesai

Penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa syukur apabila kes tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya di program realiti Gegar Vaganza musim keempat akhirnya selesai.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 57 tahun itu berkata selepas lima tahun menuntut haknya akhirnya dia boleh menarik nafas lega dan hidupnya lebih tenang.

BACA: Aishah Terkilan Hadiah Tanah Lot Banglo Masih Belum Diterima Sejak 2017

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.

“Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Sebelum ini, Aishah ada memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang memaklumkan bahawa pihak penajaan telah bersetuju untuk memberi sejumlah bayaran kepada Aishah.

Terdahulu, Aishah dinobatkan sebagai juara GV4 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.