fbpx

Mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir melalui jualan baju terpakai di aplikasi TikTok, bagaimanapun tindakan Baby Shima itu dikecam hebat oleh netizen.

Penyanyi berusia 26 tahun itu juga turut terkilan apabila ramai melemparkan kata-kata kesat kepadanya sehingga ada yang menuduh hasil jualan pakaian yang diperolehnya itu adalah duit haram.

BACA: Akui Lebih Dihargai Di Indonesia, Baby Shima Nafi Nak Tukar Warganegara

“Ramai yang ambil kerja Tuhan. Bila saya menari, ramai yang kecam. Bila saya bantu mangsa banjir pun saya tetap dimaki dengan teruk. Mungkin nama Baby Shima sesuai untuk dikecam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Kata Shima lagi, dia tidak faham mengapa dirinya dikeji oleh netizen meskipun dia melakukan kerja kebajikan. Ujarnya lagi, jika buat bantuan secara senyap pasti ada mulut yang akan mengata juga.

“Manusia bila kita tunjuk kita sedang bantu orang, dituduh kita riak. Kena hina hanya kerana kekurangan diri sendiri.

“Bila kita bantu senyap-senyap, kata kita tidak turun padang. Pada semua jangan menilai apa yang didermakan melalui kesalahan seseorang itu atau disebabkan penampilan mereka. Kita semua manusia biasa, tiada hak untuk menilai orang itu baik atau tidak,” katanya.