fbpx

Diduga Lagi, Ebby Yus Dimasukkan Ke Hospital

Berdepan ujian apabila rumahnya di Hulu Langat musnah akibat musibah banjir baru-baru ini, pelakon dan pelawak Ebby Yus diduga lagi apabila dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ebby memaklumkan dia dimasukkan ke hospital selepas banjir berlaku baru-baru ini. Bagaimanapun, pelakon berusia 56 tahun itu tidak mendedahkan di hospital mana dia ditahan.

BACA: Rumah Ebby Yus Lenyap Dihanyutkan Air

“Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital,” katanya.

Ditanya mengenai punca dia ditahan, Ebby berkata dia juga masih menantikan maklumat daripada hospital. Ebby ketika dihubungi hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya agak lemah.

“Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray,” katanya.