fbpx

Didekati Lelaki, Lufya Omar Belum Sedia Cari Pengganti

Hampir setahun kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, perkahwinan Lufya Omar akhirnya sampai ke titik noktah apabila Dr Che Muhammad Hafiz mengesahkan mereka sudah pun bercerai pada 17 Jun lalu.

Akui didekati lelaki selepas bercerai, bagaimanapun Lufya berkata dia belum belum bersedia untuk mencari pengganti sebagai teman hidupnya. Ujarnya, dia lebih selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal membesarkan anaknya.

BACA: Rita Rudaini Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya Omar

“Hingga hari ini, saya tak nak berkenalan dengan sesiapa bukan tak sudi tapi tak sedia. Biarlah hidup saya dengan anak, keluarga dan sahabat-sahabat sahaja,” katanya.

Lufya berkata demikian selepas menerima ‘lamaran’ daripada seorang individu yang menyatakan hasratnya untuk berkenalan dan mengenali dirinya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.