Didakwa Pukul Penghuni Kondo, Noor Nabila Pertahankan Sharnaaz Ahmad
Hangat diperkatakan mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad didakwa memukul seorang penghuni di kondominium baru-baru ini, bekas isterinya, Noor Nabila berkata dia sentiasa mempertahankan bapa kepada anaknya itu.
Memetik Harian Metro, Nabila berkata dia tahu apa yang berlaku dan dia akan sentiasa berada di belakang bekas suaminya itu.
BACA: Sharnaaz Ahmad Terus Jumpa Jebat Jayden Sebaik Sahaja Dibebaskan
“Ketika mendengar berita itu, saya akui terkejut. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.
“Saya tak nak komen lebih lanjut sebab kes ini masih dalam siasatan polis. Cuma saya tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Apa pun yang berlaku Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.
Dalam pada Nabila memberitahu, Sharnaaz mengalirkan air mata ketika bertemu dengan anak mereka, Jebat Jayden sebaik sahaja dibebaskan Isnin lalu.
“Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden selepas dibebaskan dengan jaminan polis. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apapun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.
“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan saya tak boleh nafikan perkara itu,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Perlu ke pendapat ex-wife dlm hal ni?
Responsibility as parents to JJ, yes. Only related to the kid.
Bukan hal ehwal ex hang etc.etc..
Dok diam2 sudah laa..reserved yr comment. X perlu pon nak berbunyik..hang tu isteri UE.
Pu riz ade tegur x pasal aurat..
Ekcherli aah.. how she no wat hapens bekos she not there wat.. some more she listens to wat ex-hubby tol her. Dono weder its tru or not. Ofkos ex-hubby said he right one. Want to say dis oni, mesia celeb kanot stay in kondo, they tok they celeb they don’t folo regulation one. Regulation for public oni.