fbpx

Didakwa Muflis, Ada Pihak Cuba Jatuhkan Elfira Loy?

Gara-gara sekeping foto notis muflis yang tertera nama Elfira Loy, ia sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen adakah benar pelakon itu dididakwa sudah bankrap.

Tidak mahu spekulasi liar mengenai dirinya terus diperkatakan netizen, Elfira tampil menjelaskan tentang isu tersebut menerusi Instagramnya.

BACA: Bertunang Pun Putus, Elfira Nafi Punca Nazim Cerai

Dakwaan tersebut disangkal oleh Elfira dan memberitahu ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuklah sanggup menyebarkan fitnah.

Bagaimanapun, Elfira dilihat tidak mudah melatah dengan fitnah tersebut dan menganggap setiap dugaan membuatkan dirinya lebih matang, serta hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Sabarlah Elfira, mungkin mereka yang cuba menimbulkan fitnah tersebut tidak senang duduk melihat orang lain bahagia.